Penerbangan dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle di Paris dan beberapa lapangan terbang lain di perancis alami gangguan pada Jumaat.

Ia selepas pekerja lapangan terbang mengadakan mogok dan bantahan bagi menuntut kenaikan gaji bagi mengimbangi inflasi.
Situasi kecoh yang sama turut berlaku di Lapangan Terbang Hamburg pada Jumaat berikutan ketidakpuasan hati pekerja industri.

Kakitangan lapangan terbang di Jerman itu mengadakan protes bagi menuntut gaji lebih tinggi seiring dengan situasi kekurangan tenaga kerja.